Wednesday, 18 June 2014

SAMBAL BELACAN KUININ

Musim kuinin (orang kedah panggil kuinin, kalau negeri lain ada yang panggil kuini) di negeri Kedah sudah hampir ke penghujung, tinggal sikit-sikit lagi saki baki yang tinggal atas pokok. Tanah pusaka peninggalan arwah tok wan akak di Sg Limau, Yan banyak pokok kuinin ni...kawasan sawah bendang, keliling rumah tanam berbagai jenis pokok buah-buahan. seronok tinggal di kampung, semua ada...petik je, nak makan ulam apa? ulam raja? ada...pucuk gajus? ada...tenggek  burung? ada...seronok kan.

Di sini akak nak kongsi resepi sambal belacan kuinin.

Bahan-bahan :

1 biji Kuinin
2-3 biji cili merah
3 biji lada burung
belacan sebesar ibu jari
secubit garam, sesudu besar gula
sedikit air asam jawa

Cara-cara :

Kupas kuinin dan cincang sikit isinya
tumbuk bahan-bahan yang lain (macam nak buat sambal belacan)
masukkan air asam jawa
masukkan kuinin yang telah dicincang tadi 
siap untuk dihidangkan



Ni kalau kena dengan nasi panas, berpeluh-peluh...

SELAMAT MENCUBA

Sunday, 8 June 2014

CARROT CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING

Salam

Baru-baru ni ada sorang office member order carrot cake & letak cream cheese sebagai topping. Sebagai memenuhi permintaan customer, akak pun buat la satu untuk dia, biasa la home made kan, tak la cantik macam profesional buat.

Ni la dia rupanya

Amacam, ok tak? Yang ni carrot cake dengan kacang walnut, akak buat ikut permintaan customer, ada yang nak campur dengan gajus, yang nak kuaci pun akak buat je, bak kata akak kepada sorang kenalan akak, macam-macam kacang la boleh tambah dalam carrot cake ni. Nak jaga customer kena la ikut kan. 

Harap-harap yang meng'order' tu puas hati. Sebarang komen boleh la pm ye. 

Saturday, 7 June 2014

KEK PERKAHWINAN

Adat manusia dijadikan Allah hidup berpasang-pasangan. Baru-baru ni akak buat kek kahwin special untuk adik bongsu akak sempena perkahwinannya pada 1 Jun 2014. Memang akak dah lama berangan nak buat special untuk dia, maklum la nama pun bongsu, dah tak de kenduri kahwin dah lepas ni. 


Sebenarnya kek ni dua tingkat....


yang bawah dah selamat kena sebat lepas pengantin rasmi potong kek...hehehe


Kepada pasangan pengantin, Selamat Pengantin Baru, Semoga Berkekalan Hingga Hujung Nyawa.